|
Kak Yan Nasi Campur
Kalau nak makan nasi campur dengan pilihan lauk yang banyak, boleh la ke Kak Yan Nasi Campur . Lauk memang banyak dan kedai makan ni sentiasa menjadi pilihan pengunjung.
Lokasi : Ulu Melaka
Kedai ni terletak di Ulu Melaka. Nak senang, guna sahaja WAZE dan lokasinya di tepi jalan sahaja.
Boleh kata,setiap hari kedai makan ni akan dipenuhi pelanggan terutama jika cuti sekolah. Bukan pelanggan berkereta sahaja yang kesini, yang datang dengan bas juga makan di sini.
Jika ingin buat tempahan awal dan makan secara buffet dalam kumpulan besar, boleh hubungi tuan empunya kedai untuk tempahan.
|
|
Laksa Power Tepi Airport Langkawi
Kalau datang ke Langkawi, jangan lupa singgah makan di beberapa gerai bergerak / lori yang terletak di tepi Airport Langkawi. Antaranya Laksa Power dan Laksa Kaw Ikan Sekoq.
Kami makan di gerai Laksa Power. Kama pilih gerai Laksa Power ni sebab tempat parking agak luas ( terletak di hujung sekali). Lokasi : Di Pantai Cenang bersebelahan Airport Langkawi
|
Makan laksa sambil mengadap laut memang seronok terutama di sebelah petang. Kawasan makan agak luas dan redup. Sambil makan boleh mengadap laut. Santai ....
Selain laksa, terdapat juga menu lain seperti pasembor, cendol dan rojak.
|
Jom Ikan Bakar
Pilihan ramai untuk makan tengah hari dan makan malam. Jika makan tengah hari, masakan melayu menjadi tarikan di sini. Untuk makan malam pula, pastinya ikan/seafood segar menjadi pilihan. Lokasi : Padang Mat Sirat
Terletak bersebelahan Pejabat Pos Mini Padang Mat Sirat dan jarak dari bulatan/roundabout Airport Langkawi hanyalah 500-600 meter sahaja. Untuk senang, gunakan sahaja WAZE. Apabila makan di restoran seafood ni, elok perhati dahulu tanda harga ikan / seafood. Jangan main ambil je.
|
No comments:
Post a Comment